Pages

Rabu, 30 September 2020

Senyuman Pagi di Cafe

 


Meminum secawan kopi bagi peminum kopi adalah suatu kepuasan apabila dapat menikmati hirupan kopi hingga ke titisan yang terakhir. Meminum kopi adalah gaya hidup dan trend masa kini sama ada di bandar atau pun di desa. Kalau dulu warung adalah tempat bertemu rakan taulan sambil menikmati kopi panas dan kuih muih, kini semakin banyak Café yang menjual kepelbagaian hidangan minuman kopi. Café dengan sentuhan hipster, anak-anak yang meneruskan legasi orang tua mereka telah mengubahsuai penampilan Café yang menarik minat penggemar kopi dan pelanggan yang berkunjung.

Isnin, 28 September 2020

KOPI YANG TERBAIK IALAH KOPI YANG BERKHASIAT

KOPI YANG TERBAIK IALAH KOPI YANG BERKHASIAT

Secawan kopi yang anda minum pada hari ini telah melalui pelbagai peringkat sebelum ianya anda dapat menikmatinya. Bermula dari biji kopi dari spesis pokok terbaik, tumbuh subur ditanam di dataran tinggi. Akar pokok itu akan menjalar ke dalam tanah untuk menyerap nutrient berkualiti dan hidup segar, dengan daun hijau yang lebat, mengeluarkan bunga dan berbuah menghasilkan buah kopi yang mulanya berwarna hijau dan bertukar menjadi warna merah jambu dan akhirnya merah.

Buah kopi pada pokok tidak masak secara serentak, ia memerlukan tangan yang sabar mengutip sebiji demi sebiji agar buah yang masak elok sahaja dipetik sementara buah yang hijau akan dikutip sebaik masak berikutnya. Buah-buah kopi ini digred dan diproses segera agar kualiti kopi yang anda nikmati itu benar-benar berkualiti. Dengan menggunakan mesin buah kopi akan dimesin untuk memisahkan kulit dan mengeluarkan biji-biji kopi.

Biji-biji kopi ini akan dijemur hingga ke tahap peratusan air yang dikehendaki. Biji yang rosak dan tidak berkualiti akan dibuang dan tinggallah biji-biji kopi yang benar-benar berkualiti. Biji kopi yang tersedia kering ini dikenali sebagai kopi beras atau biji kopi mentah.

Daripada biji-biji kopi mentah inilah, diproses untuk menghasilkan minuman kopi yang menyegarkan.  Cara pemerosesan kopi adalah sangat mustahak kerana peminum kopi semestinya dapat meminum kopi yang benar-benar berkhasiat. Pelbagai usaha dan begitu banyak tenaga yang telah dicurahkan oleh mereka yang terlibat dalam memastikan biji kopi yang terbaik dihasilkan.

Malangnya, masih ramai yang minum sebenarnya tanpa sedari hanyalah mencari kemanisan bukan tertumpu kepada khasiat kopi sebenarnya. Kopi terbaik ialah pada cara biji kopi dipanggang dan bukannya pada biji kopi yang telah menjadi arang. Adakalanya kita rasa berbangga dengan sentuhan tradisi orang-orang tua kita dalam menghasilkan kopi yang sedap tetapi janganlah pula  kita meneruskan kesilapan itu sebagai budaya kita.

Perjalanan biji kopi yang begitu jauh dan mengambil masa yang agak lama untuk menyumbang kebaikan telah dipersia-siakan begitu sahaja. Pelajarilah cara membuat serbuk kopi untuk dijadikan minuman kopi yang benar-benar memberikan manfaat khasiat yang optimum.

Ahad, 27 September 2020

PELAJARILAH CARA MEMBUAT SERBUK KOPI

 


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan EBOOK CARA MEMBUAT SERBUK KOPI sila isikan maklumat dalam borang di bawah dan KLIK hantarkan kepada kami:-
(Untuk borang; Sila tukar ke View web version)