Pages

Isnin, 19 Oktober 2020

MUKTAMADKAN PRODUK KOPI ANDA

 MUKTAMADKAN PRODUK KOPI ANDA

Perniagaan kopi adalah berisiko rendah, anda hanya perlu menghasilkan kopi yang mempunyai citarasa yang digemari majority dan kemasan produk siap anda yang sentiasa memenuhi keperluan pelanggan. Sekiranya anda perlu berubah atas tempahan pelanggan maka lakukanlah demi perniagaan anda.

Setelah mengetahui kelompok pelanggan anda, anda dapat menentukan jenis kopi yang akan dijual yang paling sesuai dengan keperluan mereka. Tentukan sama ada anda ingin menawarkan sachet, uncang, biji kopi panggang, serbuk atau gabungan. Pastikan jika ada permintaan, anda sentiasa bersedia untuk menghasilkan produk yang dapat memenuhi permintaan peminum kopi memiliki mesin cawan, ataupun peminum kopi di rumah yang menggunakan mesin minuman.

Semasa memutuskan produk apa yang anda ingin jual, pastikan anda melihat apa yang dimiliki pesaing anda di rak dan dalam talian. Anda mampu untuk menawarkan produk yang membezakan perniagaan anda melangkaui jangkaan, sambil terus mengikuti trend kopi semasa.


#carabuatserbukkopi

Ahad, 18 Oktober 2020

PELANGGAN KOPI ANDA

PELANGGAN KOPI ANDA

Setiap kumpulan mempunyai keperluan yang sangat berbeza dalam penyediaan kopi, jadi penting untuk mengetahui segmen sasaran anda sebelum menentukan jenis kopi yang akan dijual dengan jenama anda.

Sebagai produk kopi online, anda akan mempunyai dua jenis pelanggan utama: pembeli individu dan kedai kopi tempatan atau perniagaan lain. Setiap kumpulan mempunyai keperluan yang sangat berbeza dalam penyediaan kopi, jadi adalah penting untuk mengetahui khalayak sasaran anda sebelum menentukan jenis kopi yang akan dijual oleh jenama anda atau anda membuat produk berdasarkan citarasa yang mereka inginkan.

Biasanya kafe lebih gemar membeli kopi dalam bentuk biji yang telah siap dipanggang dan mereka akan mengisarnya apabila mahu menggunakannya. Bagi pemilik restoran, keadaan kesibukan membuatkan mereka memilih serbuk kopi dalam bungkusan atau tin besar tersedia yang mempunyai rasa yang konsisten untuk pembuatan air kopi yang cepat.

Pembeli individu kemungkinan besar akan membeli dalam bentuk serbuk, uncang, kapsul atau dalam bentuk biji-biji kopi yang telah sedia dipanggang. Kepada yang mempunyai style sendiri, mereka lebih gemar mendapatkan kopi dalam bentuk biji atau serbuk dan boleh mereka nikmati kopi dengan kepelbagaian resipi pilihan di rumah.

Pelanggan sememangnya mempunyai citarasa yang berbeza serta kualiti kopi mereka. Ada yang memilih kopi dipanggang lebih gelap atau dipanggang dengan warna lebih cerah. Ada juga penggemar kopi yang mengutamakan keunggulan; eksklusif sehingga mahu mengetahui asal usul dan sumber biji kopi mereka. Atau pelanggan yang mencari kopi organik atau pembuatan kopi yang benar-benar terjamin kebersihannya.

Citarasa manusia adalah berbeda dan tentulah sukar untuk anda membuat kopi yang dapat menarik semua orang apatah lagi mereka adalah dari daerah atau negeri yang berbeda. Memilih pasaran khusus untuk jenama kopi merupakan kaedah terbaik untuk menentukan skop asas citarasa pelanggan yang terbanyak.

Anda boleh kecilkan segmen dan memusatkan usaha anda pada satu kumpulan peminum kopi. Strategi ini akan membolehkan anda mengkhususkan profil rasa kopi, usaha pemasaran dan penjenamaan syarikat kepada pelanggan anda.

Pelajarilah cara untuk membuat serbuk kopi.

#carabuatserbukkopi

Sabtu, 17 Oktober 2020

LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA

LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA

Sebelum anda memilih menjadi seorang barista, pastikan dulu bahwa anda telah jatuh cinta dengan kopi. Pekerjaan barista bukan hanya kerjaya untuk mendapat bayaran lumayan tetapi lebih dari itu, anda harus mendalami dan mengetahui seluk-beluk kopi sebenar-benarnya, anda boleh mendapat maklumat awal dengan melibatkan diri dalam bidang ini seperti bekerja di café, meneroka sendiri terlebih dahulu melalui platform internet dan pembacaan yang tekun, seterusnya mengikuti kelas latihan sebaik anda telah siap siaga. Ingat, anda bakal menjadi seorang barista adalah pekerjaan yang professional kerana barista adalah seorang yang handal.

Jumaat, 16 Oktober 2020

PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK

PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK

Dalam pembuatan secawan kopi yang nikmat terdapat dua teknik yang digunakan untuk membru kopi dengan menggunakan mesin espresso atau secara manual. Kedua teknik ini memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.

Apabila suatu café memiliki jumlah pengunjung yang banyak dalam waktu sehari maka mesin kopi dapat melayani pelanggan dengan cepat dan juga pemilik kedai tidak memerlukan waktu yang lama untuk melatih seorang barista baru. Selain itu, kerana sukatan kopi sudah diatur sebelumnya oleh mesin maka tahap kesilapan dalam membuat air kopi pun sangat kecil. Akan tetapi, bagi penggemar kopi tegar sering berpendapat bahwa mesin espresso automatik yang canggih sekalipun tidak mampu mengalahkan hasil karya kopi barista yang handal.

Pada sudut yang lain, pembuatan kopi dengan cara manual akan memakan sedikit masa kerana prosesnya yang panjang untuk menghasilkan dua atau tiga cawan gelas dalam sekali proses, selain itu tingkat kegagalannya tinggi kerana apabila berlaku kesilapan mengadun kopi maka akan mempengaruhi citarasa kopi. Akan tetapi, pembuatan kopi secara manual dapat menjadi daya tarikannya yang tersendiri kerana pengunjung dapat secara langsung melihat ketelitian barista mengadun kopi, ditambah lagi dengan kepiawaian barista dalam seni latte art.

Khamis, 15 Oktober 2020

TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA DENGAN BERNIAGA KOPI JENAMA ANDA SENDIRI SECARA ONLINE

TAMBAHKAN PENDAPATAN ANDA DENGAN BERNIAGA KOPI JENAMA ANDA SENDIRI SECARA ONLINE

SIAPA BAKAL PELANGGAN ANDA?

Kepada siapa kopi anda mahu dijual. Kalau waktu dulu-dulu, seseorang jurujual akan bergerak dari satu rumah ke satu rumah untuk bersua dengan pelanggan bagi memasarkan produk mereka. Sehingga kini, kalaupun mereka telah hadir di hadapan rumah, belum tentu lagi mereka akan diterima untuk masuk, apatah lagi untuk memperkenalkan produk mereka.

Kini dengan kecanggihan system teknologi maklumat yang ada, profil produk anda boleh terus dipaparkan kepada pelanggan walau dimana sahaja bakal pelanggan berada, meskipun mereka sedang menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

Hanya anda sahaja yang perlu bertindak merebut peluang menggunakan segala kemudahan masakini untuk menjana pendapatan dengan jayanya. Bina perniagaan anda dengan membuat dan memasarkan produk  anda. Menjual produk yang diguna ramai lebih mudah daripada membuat produk baru yang belum diketahui tahap permintaannya. Jika anda pernah bekerja di pasaraya, sudah pasti anda akan tahu beberapa jenis produk yang paling banyak permintaannya.

KOPI MERUPAKAN BARANGAN KOMODITI DUNIA KEDUA SELEPAS PETROLEUM

Jika anda ingin menceburkan diri dalam perniagaan yang hampir tiada risiko ialah membuat dan menjual kopi secara online. Anda belajar memanggang biji kopi, mencari pesanan, beli biji kopi untuk memenuhi tempahan pelanggan, panggang dan edarkan kepada pelanggan anda. Buat jualan secara tunai, dapatkan untung dan ulangi jalan yang sama sambil menokok pendapatan.  

Pelajarilah cara untuk membuat serbuk kopi.

#carabuatserbukkopi

Kerjaya Barista Semakin Popular

Kerjaya Barista Semakin Popular

Istilah barista akhir-akhir ini sedang banyak diperbincangkan terlebih lagi dikalangan penggemar kopi yang sering duduk di kedai kopi. Meningkatnya peminat kopi maka meningkatnya karya kopi seiring bertambahnya minat untuk menjadi seorang barista kopi. Kata barista sendiri datang dari bahasa Itali yang berarti pelayan bar dan merupakan posisi yang agak terhormat dan terlihat profesional.

Kerjaya barista sangat penting bagi sebuah kedai kopi, bar kopi, atau pun coffee shop kerana kopi barista merupakan kunci keberhasilan sesebuah kedai kopi. Barista merupakan pekerjaan yang berhubungan dengan penuh keterampilan, kreativiti, pengamatan seorang barista ketika melakukan pengukuran suhu dan tekanan dalam pembuatan espresso. Rumitnya proses pembuatan espresso secara manual inilah merupakan cabaran yang membuat banyak anak muda kini mulai menceburi kerjaya sebagai barista.

Rabu, 14 Oktober 2020

Uniknya Seorang Barista Umpama Cap Ibu Jari

Uniknya Seorang Barista Umpama Cap Ibu Jari

Seseorang barista itu adalah unik, membuat kopi dengan citarasa yang khas dan berbeza walaupun sedikit akan pasti tetap ada perbezaannya antara barista lain. Sentuhan tangan seseorang barista adalah unik, reputasi ini akan membuatkan orang ingin mengikuti jejaknya. Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi barista, panduan yang dipaparkan dalam bliog ini boleh dijadikan rujukan kerana kemahiran membuat kopi bukanlah kepandaian yang boleh dimonopoli. Siapa tahu, tanpa disedari anda mungkin seorang barista yang hebat.