Mungkin ramai orang
yang menyangka mereka memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan
kopi. Apabila kos permulaan yang besar sentiasa berlegar di dalam minda - untuk
membuka kedai kopi; membeli peralatan, menyewa bangunan, pengiklanan, pengurusan dan memerlukan
pekerja yang ramai. Pelaburan besar ini memberikan gambaran membuka kedai kopi
adalah risiko yang cukup besar. Sebetulnya, untuk membina imej jenama kedai
kopi yang berjaya, tetapi tidak mahu untuk meminjam atau mengeluarkan modal besar,
perniagaan kopi boleh dimulakan dengan modal yang kecil sahaja. Keenakan kopi
yang anda buat mampu bertumbuh dan berkembang dengan pantas. Apa yang penting
anda mempunyai RAHSIA membuat kopi yang tersendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan