Pages

Isnin, 12 Oktober 2020

MENJADI SEORANG BARISTA

MENJADI SEORANG BARISTA

Kata barista berasal dari bahasa Itali, di mana ia bermaksud "bartender" lelaki atau wanita yang biasanya bekerja di belakang kaunter, [1] menyajikan minuman panas (seperti espresso), minuman beralkohol sejuk dan bukan alkohol, dan makanan ringan. [2] Kata majmuk asli dalam bahasa Inggeris adalah barista, sementara dalam bahasa Itali jamak adalah baristi untuk maskulin (secara harfiah bermaksud "barmen", "bartender") atau bariste untuk wanita (secara harfiah bermaksud "barmaids")

Bila disebut bekerja sebagai “tukang bancuh kopi” atau “tukang buat air” tentulah tidak nampak gah, tetapi bila disebut bekerja sebagai “barista”, barulah nampak glamernya. Bekerja sebagai barista tentulah tidak semudah bekerja sebagai “tukang bancuh kopi atau air”. Ini adalah kerana barista adalah kerja bertaraf professional. Biarpun hari ini anda bekerja sebagai “tukang buat air” tetapi jika anda dapat menjiwai kerja anda, terus menimba ilmu dan sebelum hadir ke kelas barista dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang perlu ada dan diketahui oleh seorang barista.

Sentuhan tangan seorang barista adalah sentuhan midas kepada maju mundurnya sebuah café. Jika anda bercadang dan berminat untuk membuka sebuah café . Cari ilmunya, dan kalaupun hari ini anda hanyalah “tukang buat air” di sebuah warung, restoran atau kedai makan, jangan abaikan. Pupuk diri anda untuk menjadi seorang barista. Bina minat, dalami ilmunya, cuba membuat pelbagai minuman kopi pada masa lapang di rumah, kemahiran lahir dari minat, latihan dan kesungguhan. Oleh itu, sepandai manapun anda membancuh kopi, biarpun telah sampai pada tahap gaban, anda bukan lagi barista sehinggalah anda hadirilah kelas untuk menjadi seorang barista sebenar. Kepandaian adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari, mengikut disiplin pembelajarannya.

Semoga anda berjaya, hadirilah kelas barista bila anda telah bersedia.

Rabu, 7 Oktober 2020

CARA MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN SEMULA KAPSUL KOPI ANDA




CARA MUDAH UNTUK MENGGUNAKAN SEMULA KAPSUL KOPI ANDA

1. Anda memerlukan gunting dan 2 kapsul kopi terpakai.

2. Untuk kapsul pertama, potong dan buat lubang bulat di bahagian bawah.

3. Kemudian; pada kapsul kedua, potong kapsul tengah. Bahagian bawah ini akan digunakan sebagai penutup.

4. Dengan menggunakan satu sudu teh, masukkan kopi halus ke dalam kapsul pertama, kemudian tutup dengan penutup yang dibuat dari kapsul kedua.

5. Kini dengan kapsul terpakai anda dapat membuat kopi kegemaran anda dengan berulangkali.

AN EASY WAY TO REUSE YOUR COFFEE CAPSULES

 




AN EASY WAY TO REUSE YOUR COFFEE CAPSULES

1. You need scissors and 2 used coffee capsules.

2. For the first capsule, cut and make a round hole at the bottom.

3. Then; on the second capsule, cut the middle capsule. This bottom will be used as a cover.

4. Using a teaspoon, insert the fine coffee into the first capsule, then cover with a lid made from the second capsule.

5. Now with used capsules you can make your favorite coffee over and over again.


Selasa, 6 Oktober 2020

Cara Membuat Kopi Homemade



Pelajarilah cara membuat serbuk kopi yang memungkinkan anda dapat memulakan satu bisnes dengan bermula secara Homemade, dengan penjagaan kualiti dan penambahbaikan serta citarasa dan sentuhan kreativiti anda; akhirnya mampu membawa bisnes anda berkembang ke peringkat antarabangsa. Pertimbangkan untuk memulakan perniagaan serbuk kopi anda yang sedap itu kepada saudara mara, rakan taulan, secara COD atau online. Bina reputasi dan keyakinan. Anda hanya perlu memupuk semangat keusahawanan dan minat untuk membuat serbuk kopi, menjual kopi yang boleh menjadikan ianya bisnes yang bermanfaat dan lumayan.


PRODUK KOPI DENGAN JENAMA ANDA SENDIRI



Kejayaan sesuatu usaha adalah bermula dengan diri anda. Kesanggupan anda untuk memulakan langkah yang pertama. Mana mungkin anda mampu membuat serbuk kopi yang berkualiti tanpa anda memiliki pengetahuan tentang cara-cara membuat serbuk kopi.

Rata-rata syarikat antarabangsa telah mencapai kejayaan kerana adanya individu yang telah bermula dengan langkah pertama. Bermulalah dengan suatu yang dianggap kecil tetapi ianya adalah suatu perniagaan yang mempunyai peluang untuk membina gagasan lebih besar.

Sesuatu yang dimulakan secara kecil-kecilan akan memiliki peluang terancang untuk menjadi bertambah besar melalui penambahbaikan. Kelemahan yang dikenalpasti dapat diatasi dengan lebih cekap melalui langkah-langkah pencegahan bagi mengelak kesilapan yang sama berulang.

Seterusnya, dalam masa yang sama anda dapat memahami selok-belok perniagaan yang anda ceburi. Memenuhi permintaan pelanggan terhadap produk kopi keluaran anda.

Kopi, meskipun ramai tidak menyangka walaupun saiz biji-biji kopi adalah kecil sahaja tetapi harus diingat kopi adalah merupakan bahan komoditi kedua yang terbanyak selepas petroleum.

Suka saya nyatakan di sini, jika anda ada masa terluang sekarang, manfaatkanlah, pupuk minat anda dan jadikanlah ianya suatu usaha yang bakal memacu anda atau generasi anda ke puncak jaya. Akan tiba masanya untuk jenama kopi anda menerajui pasaran kopi dunia.

Isnin, 5 Oktober 2020

RAHSIA BUAT SERBUK KOPI SEDAP


Mungkin ramai orang yang menyangka mereka memerlukan modal yang besar untuk memulakan perniagaan kopi. Apabila kos permulaan yang besar sentiasa berlegar di dalam minda - untuk membuka kedai kopi; membeli peralatan, menyewa bangunan, pengiklanan, pengurusan dan memerlukan pekerja yang ramai. Pelaburan besar ini memberikan gambaran membuka kedai kopi adalah risiko yang cukup besar. Sebetulnya, untuk membina imej jenama kedai kopi yang berjaya, tetapi tidak mahu untuk meminjam atau mengeluarkan modal besar, perniagaan kopi boleh dimulakan dengan modal yang kecil sahaja. Keenakan kopi yang anda buat mampu bertumbuh dan berkembang dengan pantas. Apa yang penting anda mempunyai RAHSIA membuat kopi yang tersendiri.

Ahad, 4 Oktober 2020

Kopi Untuk Tambahkan Pendapatan



Setiap pagi jutaan rakyat Malaysia yang penduduknya lebih daripada 32 juta telah memulakan hari mereka dengan secawan kopi. Dengan anggaran 64% penduduk adalah peminum kopi setiap hari, 20 juta orang akan menikmati secawan kopi pada sebelah pagi, dan akan membalas secawan lagi sama ada pada waktu petang atau malam, jumlah peminum kopi setiap hari di Malaysia akan terus meningkat kepada lebih dari 40 juta cawan. Inilah waktu paling tepat untuk anda menceburi industri kopi.